Safe House (2012) • Movie

image poster from imdb - Safe House (2012) • Movie

Sinopsis: Filem ini mengambil tempat di Cape Town, Afrika Selatan dimana Denzel Washington memegang watak sebagai penjenayah yang bernama Tobin Frost yang telah ditahan di pusat tahanan CIA yang tersembunyi. Tempat tersebut bagaimananpun telah diketahui oleh penjenayah-penjenayah dan dia perlu dipindahkan dengan selamat ke tempat lain dan ia bukan satu kerja yang mudah.

Paul Blart: Mall Cop (2009) • Movie

image poster from imdb - Paul Blart: Mall Cop (2009) • Movie

Sinopsis: Paul Blart (Kevin James) adalah bapa tunggal yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah pusat membeli-belah di New Jersey. Dia sangat mengambil berat akan pekerjaannya itu walaupun orang lain tidak mempedulikan langsung. Satu hari, beberapa orang jahat bertindak merampas dan menutup pusat membeli-belah tersebut. Memandangkan anaknya dijadikan tebusan bersama-sama orang lain, Paul mesti bertindak untuk menyelamatkan mereka semua.

Paul Blart: Mall Cop 2 (2015) • Movie

image poster from imdb - Paul Blart: Mall Cop 2 (2015) • Movie

Sinopsis: Filem sekuel ini ini mengisahkan tentang Paul Blart, seorang pengawal keselamatan di sebuah pasaraya yang menghadiri Ekspo Pengawal Keselamatan di Las Vegas bersama anak perempuannya. Selain diusik oleh pengawal kasino dan peserta yang menghadiri ekspo, Paul juga terpaksa menentang sekumpulan perompak kejam yang mahu merompak kasino tersebut.

Hantu dalam Botol Kicap (2012) • Movie

image poster from imdb - Hantu dalam Botol Kicap (2012) • Movie

Sinopsis: Hantu Dalam Botol Kicap mengisahkan Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun di kampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar berubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya. Ketika makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Ribbit (2014) • Movie

image poster from imdb - Ribbit (2014) • Movie

Sinopsis: Filem animasi bertemakan pengembaraan ini menceritakan tentang kehidupan seekor katak bernama Ribbit yang mempunyai krisis identiti di mana ia sering beranggapan bahawa dirinya merupakan seorang putera raja yang telah disumpah menjadi seekor katak. Filem ini diarahkan oleh Chuck Powers dan telah ditulis oleh Amir Hafizi.

Pontianak vs. Orang Minyak (2012) • Movie

image poster from imdb - Pontianak vs. Orang Minyak (2012) • Movie

Sinopsis: mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.

Xi hong shi shou fu (2018) • Movie

image poster from imdb - Xi hong shi shou fu (2018) • Movie

Sinopsis: Seorang penjaga gol liga bola sepak kecil diberikan tugas untuk membelanjakan 1 billion dalam tempoh 30 hari. Bagaimanapun dia tidak boleh memberitahu sesiapa mengenai tugasannya atau mempunyai barangan berharga pada akhir tugasan. Jika dia berjaya, dia akan dibayar 30 billion.

The Hallow (2015) • Movie

image poster from imdb - The Hallow (2015) • Movie

Sinopsis: Seorang lelaki dan keluarganya telah berpindah ke sebuah rumah di Ireland yang terletak berdekatan dengan hutan. Penduduk tempatan telah memberi amaran kepada keluarga tersebut mengenai makhluk syaitan yang tinggal di hutan itu, namun tidak dihiraukan. Bagaimanapun, keluarga tersebut perlu menyelamatkan diri apabila makhluk syaitan tersebut mula menggangu mereka.

Rangasthalam (2018) • Movie

image poster from imdb - Rangasthalam (2018) • Movie

Sinopsis: Cerita ini mempunyai twist yang tidak terjangka. Bagi sesiapa yang suka menonton Ram Charan di kaca tv, kali ini wataknya sangat berbeza dengan watak sebelumnya. Mutu lakonannya juga sangat berlainan. Berpasangan dengan Samantha menjadikan pasangan itu kelihatan comel. Ada beberapa adengan lucu, sedih dan elemen kejutan. Berbaloi untuk ditonton bersama keluarga.