KESYAHIDAN YANG MENGHIDUPKAN
Nuruddin Barakah merupakan seorang imam masjid, seorang pendakwah, seorang guru agama, seorang pimpinan tentera dan juga seorang penuntut ilmu.
Meskipun sibuk dengan pelbagai tanggungjawab, itu tidak melemahkan semangat beliau untuk terus menuntu ilmu. Beliau telah menyabung pengajian Master di Universiti Islam Gaza pada tahun 2008. Beliau telah mengambil masa selama 10 tahun untuk menyiapkan tesisnya kerana kesibukannya di medan perjuangan. Beliau kerap kali masuk dan keluar penjara.
Pada September 2018 beliau telah menyempurnakan tesis masternya. Pada November 2018 beliau telah syahid dalam satu operasi yang menggagalkan cubaan penjajah Israel bagi melakukan risikan di Gaza.
Hadis Palestin 🇵🇸
t.me/hadispalestin