Yahya Al-Sinwar selepas Pertempuran Saif Al-Quds pada tahun 2021 mencabar pihak penjajah Israel selepas mengancam untuk membunuhnya. Beliau berkata, "Hadiah terbesar yang boleh diberikan oleh penjajah Israel kepada saya adalah dengan membunuh saya dan mengisytiharkan saya sebagai syahid. Hari ini saya berusia 59 tahun."
"Saya lebih rela menjadi syahid oleh F-16 dan peluru berpandu daripada mati akibat COVID-19, strok atau kemalangan jalan raya. Saya lebih rela dibunuh."
Beliau menambah, "Keputusan atau arahan Gantz tidak akan memendekkan umur saya untuk sesaat pun. Jika dia menginginkan nasihat, saya nasihatkan supaya mengambil iktibar dari Muhammad Al-Deif, Abu Ubaidah dan Al-Qassam kerana jika mereka mengancam kemuadiannya mereka bertindak."
Beliau menambah lagi, "Saya akan pulang ke rumah saya dengan berjalan kaki selepas pertemuan ini dan Gantz mempunyai 60 minit untuk membuat keputusan dan menyediakan pesawatnya. Saya tidak akan berkelip satu mata pun."
Video Yahya Al-Sinwar selepas pertemuan dengannya semasa beliau berjalan-jalan di sekitar Semenanjunh Gaza.
Sumber : Warfare Analysis
t.me/duniapalestin