Kapal Hospital Indonesia
Kapal hospital tentera laut Indonesia (KRI) Dr. Radjiman Wedyodiningrat-992, sedang menunggu kebenaran Kaherah untuk memasuki perairan Mesir.
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto melaporkan segala usaha sedang dilakukan bagi membolehkan kapal medan itu membantu rakyat di Gaza.
Mesir setakat ini, masih belum membenarkan kapal hospital Indonesia memasuki Palestin dan kapal berkenaan masih berada di Mako Kolinlamil, Jakarta.
Tentera Laut Indonesia menyediakan bukan sahaja kapal dan krunya, malah doktor dan jururawat untuk mangsa keganasan Israel di Gaza.
“Mesir meminta kami menahan kapal ini, kerana mereka memberitahu banyak kapal beratur untuk berlabuh. Mereka membawa bantuan makanan dan lain-lain [bekalan kemanusiaan]’’.
https://t.me/tvpertiwi