Nah.. barang baik untuk semua. Korang kena layan video ni guna earphone. Baru laa nanti tak mengganggu orang lain dan lantas gegendang telinga korang akan diterjah dengan satu kepaduan sound yang begitu membingitkan sampai menggegarkan otak! Perghhh..! Tu pun kalau korang dengar full volume laa. Heh. Saja je ayat tu.. konon gempak. Tapi betul laa, lagi best kalau korang layan video ni guna earphone.
Ok, tanpa membuangkan lagi masa yang telah pun terbuang. Silalah korang menikmati..
Gates of Babylon + Heaven and Hell
Dio (Live 2005)
Korang yang dalam hati ada taman, yang mengaku rockers tapi hanya melayan rock jiwang sampai meleleh tu, korang tak digalakkan sangat untuk layan video ni. Pergi main jauh-jauh..
Dan untuk pendengar otai Suria Midnight dulu..
Sila layan lagu INIâï¸ð¤ð¼
@SERIGALA_di_TanahBERBUDI