Ketika rakaman pertama dari tempat kejadian terungkap di mana kereta kebal Merkava Zionis ditempatkan dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan di mana Hind Rajab yang berusia 6 tahun dan kakaknya, bersama saudara-mara mereka yang lain, berlindung didalam kereta tersebut.
Kereta kebal Zionis menembak mereka beberapa kali, membunuh mereka semua.
Ambulans Bulan Sabit Merah, yang mempunyai penyelarasan terlebih dahulu dengan tentera Israel, telah dihantar untuk menyelamatkan mereka tetapi mereka turut disasarkan beberapa meter dari kenderaan keluarga Hind itu, mengakibatkan dua orang paramedik terbunuh iaitu Yousef Zeino dan Ahmad al-Madhoun.
Wartawan Al-Jazeera melaporkan dari tempat kejadian menunjukkan kerosakan yang dialami kedua-dua kenderaan akibat tembakan dari kereta kebal Zionis.
Sisa-sisa mayat keluarga dan kerosakan besar pada ambulans, yang ditembak oleh kereta kebal, mengakibatkan kemusnahan kenderaan dan kesyahidan mangsa di dalamnya.
Sumber: Quds News Network