🔴 Pemimpin kanan Hamas, Khalid Mesha'al memberi penghormatan kepada Almarhum Dr. Muhammad Morsi, bekas Presiden Mesir.
🇪🇬 Berikut adalah beberapa perkara yang dilakukan Almarhum Presiden Morsi untuk Gaza semasa beliau menjadi Presiden Mesir:
✅ Beliau memanggil semula duta Mesir dari Tel Aviv pada 2012.
✅ Menteri luar negerinya memanggil duta Israel ke Kaherah untuk menyerahkan surat bantahan (2012).
✅ Mengarahkan utusan PBB Mesir untuk memanggil sesi tergempar majlis keselamatan PBB & menggesa Liga Arab untuk bersidang segera (2012).
✅ Morsi melonggarkan sekatan perjalanan merentasi sempadan Rafah dengan membenarkan rakyat Palestin memasuki Mesir tanpa memerlukan Visa.
✅ Morsi membuka sempadan Rafah sepanjang masa untuk membolehkan bantuan masuk ke Gaza.
✅ Morsi mengumumkan bahawa Gaza akan disambungkan ke grid elektrik Mesir dan saluran paip gas asli. Ini bermakna ekonomi Gaza akan terikat dengan Mesir, bukan Israel—pembekal tenaga semasanya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Muhammad Morsi dan beliau ditempatkan bersama para syuhada' dan solehin. Aameen.
Sumber: Qamar Initiative