Monsters University (2013) • Movie

image poster from imdb, mydramalist - Monsters University (2013) • Movie

Sinopsis: “Monsters University” ialah filem prequel kepada filem komedi animasi Pixar yang sangat berjaya, iaitu “Monsters, Inc.”. Fokus filem prequel ini ialah zaman universiti Sulley dan Mike di University of Fear. Mereka berdua sentiasa bersaing sesama sendiri sebelum menjadi sahabat baik. Semua pelakon suara untuk filem pertama akan kembali untuk filem ini dan mereka juga disertai pelakon suara baru seperti Dave Foley, Julia Sweeney, Joel Murray dan Peter Sohn.

Stand by Me Doraemon (2014) • Movie

image poster from imdb, mydramalist - Stand by Me Doraemon (2014) • Movie

Sinopsis: Filem ini merupakan pertama kali robot kucing muncul dalam bentuk 3D dan juga merupakan filem terakhir selepas 45 tahun kisah Doraemon ditayangkan. Ia akan menjadi kisah pahit manis untuk peminat Doraemon, apabila kucing berwarna biru yang merupakan kawan baik kepada Nobita tidak boleh lagi tinggal di bumi dan akan pergi tidak lama lagi.

Zootopia (2016) • Movie

image poster from imdb, mydramalist - Zootopia (2016) • Movie

Sinopsis: Lt. Judy Hopps merupakan arnab pertama menyertai pasukan polis di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowborough. Dia tidak bersependapat dengan seekor musang penipu, Nick Wilde, tetapi mereka perlu bekerjasama apabila mereka perlu menyelesaikan satu jenayah.