Kerana Aku Isteri Bidaan (2022) * TVSeries

image myinfotaip kerana aku isteri bidaan 2022 tv3

Sinopsis: Kisah Raina yang telah memfitnah Farel demi kepentingannya tanpa menyedari ia memerangkap diri sendiri hingga tekad melarikan diri daripada suami yang baru mengahwininya. Raina salah perkiraan apabila dia diperangkap oleh kekasihnya, Aznor yang menjualnya untuk dijadikan GRO.

Dendam Seorang Isteri (2022) * TVSeries

image myinfotaip dendam seorang isteri 2022 prima

Sinopsis: Mengisahkan Amira, seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya Harris tetap bersikap berfoya-foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira. 

Bisik-Bisik Gelora (2022) * TVSeries

image myinfotaip bisik bisik gelora 2022 tv3

Sinopsis: Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Melur Untuk Firdaus (2022) * TVSeries

image myinfotaip melur untuk firdaus 2022 tv3

Sinopsis: Ibu bapa Firdaus Iskandar mahu dia berkahwin dengan Melur. Bagaimanapun, dia menentang perkahwinan itu kerana dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya kemudian memberinya masa 48 jam untuk mendapatkan Dee mengahwininya. Bagaimanapun, Dee belum bersedia untuk terikat. Melur sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Firdaus dan sedih apabila mengetahui Firdaus tidak merasakan perkara yang sama. Namun dia sedaya upaya untuk memikat hatinya malah meletakkan 7 syarat yang perlu Firdaus patuhi agar Melur tidak mengganggu hubungannya dengan Dee.

Dato Ai La Beau 2022 * Movie

Sinopsis: Three friends – Miera, Mona and Ad return to their hometown after being layoff. Earlier, Miera’s boss gives her a holiday voucher at Holiday Inn Shah Alam in Selangor. When they about to check-in, the successful millionaire, Dato Ai’ Lai Beau arrived at the hotel with her secretary Shark carrying a large sum of money for the antiques ordered. Unexpectedly, the money is missing. Everything goes haywire.

4 Abdul 1 Mohd 2022 * TVSeries

image poster from imdb - ​We Will Not Die Tonight (2018)

Sinopsis: Mengisahkan Jabar yang sewaktu mudanya telah berkahwin dengan tiga orang wanita dan menceraikan semua isteri-isterinya dimana dalam masa yang sama mereka sedang mengandung. 50 tahun kemudian, dia mula mencari anak-anaknya untuk membetulkan kesilapannya dahulu. Jabar yang semakin sakit dan uzur berhajat untuk membahagikan hartanya. Namun begitu, Jabar terkejut apabila mendapati anak-anaknya mempunyai mirip muka yang sama! Akan tetapi, pertemuan Jabar dan anak-anaknya membawa bala dan kehancuran kepada keluarga mereka.
Mohd Kasim dibesarkan oleh ayahnya Abdul Jabar sebagai anak tunggal. Dia dikejutkan apabila ayahnya  memberitahu tentang rahsia yang disimpan selama 50 tahun lamanya. Abdul Jabar mempunyai anak dari tiga isteri yang terdahulu. Nama mereka bermula dengan Abdul sedang dia Mohd, tambah pula perangai setiap mereka tidak saperti yang Mohd Kasim harapkan. Disebabkan Jabar tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk hidup, Abdul Jabar mula berfikir untuk membahagikan harta pusaka miliknya. Robin dan Hamidon telah diarahkan untuk mencari Somad, Hakim dan Wasit.

Bunga Hati 2022 * TVSeries

image poster from imdb - ​We Will Not Die Tonight (2018)

Sinopsis: Drama ini mengisahkan tentang cinta 3 hati antara Dilaila, Amer dan Joshua. Dilaila yang memendam rasa, Amer pula yang menderita bipolar kerana cinta dan Joshua yang tulus ikhlas dalam cinta. Salimah yang berdendam dan membenci anaknya, Noraini yang penuh hasad durjana. Razak yang menyimpan rasa bersalah terhadap kisah silamnya, Luqman yang cacat tapi suci hatinya, Jessila yang mengejar cinta Amer dengan seribu daya dan Farizan yang penuh agenda.

Angkara Cinta (2020) • TVSeries

Angkara Cinta

Sinopsis: Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan. Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.

Bidadari Salju (2020) • TVSeries

Bidadari Salju

Sinopsis: Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Mereka berkahwin tetapi perkahwinan mereka diuji apabila Hariz ditangkap diatas katil dengan sepupunya sendiri, Jeanny.

Kampong Pisang Bersiri-siri (2020) • TVSeries

Sinopsis: Kisah penduduk Kampung Pisang yang dilanda misteri dan masalah. Setiap minggu ada sahaja yang datang menggangu penduduk kampung, dan yang menghairankan, semuanya berbeza-beza seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan paling unik hantu Kak Limah! Huru-hara jadinya penduduk kampung dan mereka akan bergandingan untuk mengharmonikan semula kampung kesayangan mereka.

Superbike (2020) • Movie

Superbike astroX first the movie

Sinopsis: Berkisar kehidupan seharian sekawan penunggang superbike yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai ‘Pirate Bikers’ dan diketuai oleh Bugis (Kamal Adli). Berlumba di jalanan, kejar-mengejar, berkonvoi dan disaman polis sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka yang berkongsi minat sama ini. Pak Hamid (Hamid Gurkha) merupakan individu yang bertanggungjawab mengajar Pirate Bikers kerana gemar berlumba di jalanan berbanding di litar yang disediakan. Malah Pak Hamid juga berjaya menewaskan mereka ketika menuju ke Lemang Toki!

Keluarga Iskandar The Movie 2020 • Movie

KITM Keluarga iskandar the movie

Sinopsis: mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.
Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Kelaster (2020) • Movie

kelaster astrox

Sinopsis: Kelaster adalah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain. Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri. Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai.

Misteri Mona (2020) • TVSeries

Misteri Mona

Sinopsis: Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Biar Mereka Cemburu (2020) • TVSeries

Biar Mereka Cemburu

Sinopsis: Mengisahkan tentang Tengku Eidil yang merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan sedang bercinta dengan Marsha Gordon. Namun, detik hatinya untuk berubah ke arah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan untuk berkahwin dengan Marsha. Nadia ialah seorang penghantar makanan untuk sebuah kedai makan yang dimiliki oleh  kawan baiknya, Rostam. Dalam masa yang sama, Nadia turut menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional.

Sang Pewaris (2020) • TVSeries

Sang Pewaris

Sinopsis: Ali, seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. Dia sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya. Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar. Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara, anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya.

Perempuan Tanpa Dosa (2020) • TVSeries

Sinopsis: Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman. Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?

Kampung People (2019) • TVSeries

image poster from imdb - Kampung People (2019) • TVSeries

Sinopsis: Razif works with Mr. Suhaimi who sells illegal goods. While Razif was busy managing the sale, police raided their place and arrested him. Razif was questioned and sentenced to 15 years in prison for not confessing to the case and was forced to testify against his former boss, Mr Suhaimi in court. Razif received threats from the ‘Cengkih Manis’ group but Razif and his family were put into the Witness Protection Program by the police so that they would not be killed before the prosecution’s case. Razif’s family had to disguise and convert their identity into villagers and had to adapt to the village environment.

Jebat 2020 • Movie

Sinopsis:Jebat merupakan seorang bekas ketua gangster yang telah berhijrah dan ingin memulakan hidup baru sebagai penternak ikan. Hannah Mastura pula merupakan seorang gadis yang cantik, bijak dan kaya telah menyimpan perasaan terhadap jebat selepas melihat sikapnya yang tenang, rajin dan baik hati. Mastura cuba mendapatkan perhatian Jebat meskipun Jebat merasa aneh apabila seorang gadis yang sempurna seperti Mastura berminat ingin mendekati lelaki biasa seperti dirinya.

Pentas 2019 Astro Citra • Movie

Sinopsis: Kisah empat sahabat dan sekuntum bunga mekar di taman. Musa adalah seorang pemuda bijak tetapi antisosial, dan dia telah diberi amanat oleh ketua kampung untuk menjayakan ‘Malam Bintang Gemilang’ di kampung mereka bersama dengan 3 orang pemuda bermasalah. Musa pemuda terpelajar terpaksa kembali bergaul bersama-sama rakan sekampung di Felda yang mempunyai pelbagai kerenah serta masalah, demi mencapai suatu misi. Anak Tok Ketua, seorang nurse di sebuah klinik desa pula menjadi rebutan para jejaka di kampung.